Saturday, 15 October 2011

Mee Rebus Johor




Bahan-Bahan
 
1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah

Bahan Penumis Dikisar


2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis

Bahan Kuah 

300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya

Cara Penyediaan
  • Panaskan minyak masak dalam periuk.
  • Tumiskan bahan penumis hingga garing.
  • Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
  • Gaulkan supaya bercampur rata.
  • Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.

Mee Kolok



BAHAN-BAHAN
 
1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
4 helai daun sawi (potong 1 inci)
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dgn 1 ketul kiub ayam maggi)
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus)
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa
HIASAN – Daun bawang dan bawang goreng secukupnya

CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
  2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis). Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu.
  3. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.

Pisang Goreng Cheese

 

Bahan-Bahan Untuk Pisang Goreng

1 biji pisang Tanduk(dipotong mengikut citarasa)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
1 sudu butter
Secubit garam
Perwarna kuning atau serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

Bahan-Bahan Untuk Topping

Keju Cheddar (diparut)
1 sudu kecil susu pekat manis
1 sudu kecil butter

Cara Penyediaan

1.Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning. Masukkan 1 sudu butter di dalam bancuhan tepung serta sedikit garam.
2.Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan(deep fry).
3.Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju di atas pisang goreng.

Sambal Tumis Petai Klasik


Bahan-bahan Sambal Tumis Petai Klasik2 papan Petai
1 bj Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
50g Ikan Bilis
10 cmb lada boh
¼ cwn minyak masak
1 cmt garam
6 cmb gula
1 cmb jus limau kasturi atau asam jawa atau asam keping

Cara membuat Sambal Tumis Petai Klasik
  1. Trim bahagian tepi kulit petai agar tidak terlalu lebar
  2. Mayang petai bersama kulitnya sekali, nipis-nipis macam dalam gambar kat atas tu.
  3. Bawang besar dan bawang putih dihiris. Ikan bilis dibersihkan.
  4. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  5. Masukkan lada boh dan kacau sehingga garing dan terbit minyaknya.
  6. Masukkan bawang besar, ikan bilis dan kacau sehingga layu.
  7. Masukkan petai, perasakan dengan garam, gula dan asam. Jika mahu sambal yang cair, boleh tambahkan air. Seimbangkan semula garam dan gulanya.
  8. Hidangkan panas-panas bersama nasi.

Tip Masakan Komersial
  1. Pernah makan kulit petai ke? Ayah saya memang makan petai dengan kulit-kulitnya sekali. Bila gigi dah mula berkurang, baru la kupas kulitnya. Dengan harga petai yang mahal sekarang ni, membuat sambal memang sesuai dengan kulitnya sekali. Dapat banyak sambalnya. Rasa petainya juga lebih kuat. Paling sesuai jika petai anda mempunyai mata yang kecil-kecil. Kalau dibuang kulitnya, berapa je la yang tinggal untuk dimakan.
  2. Sekarang ni tak banyak gerai yang menjual sambal petai. Kat bazaar ramadhan pun saya tak nampak sambal petai walaupun di pasar banyak menjual petai. Mungkin ke tak de permintaan? Macam tak logik je.
  3. Kalau anda tak gemarkan kulit petai, kupas je la. Jangan paksa diri. Nih saya beri teknik kupas petai cara cepat. Anda hanya perlu bakar petai tu diatas api sehingga mengelembung dan layu. Letak je atas dapur gas tu. Bila dah menggelembung, anda hanya perlu picit je mata petai tu sampai dia melompat keluar dari tepi. Syok tengok petai terpancut dari kulitnya. Kalau ada suami kat tepi tu, boleh la main fire-fire dengan petai. Tapi pastikan petai tu dah sejuk sikit. Kalau panas sangat, macam mana nak picit dengan tangan.
  4. Ada orang suka ikan bilis yang garing. Anda boleh goreng dulu ikan bilis tu. Sambal dengan ikan bilis yang garing. Cuma sesuai dimakan panas. Kalau dah sejuk, ikan bilis pun berkemungkinan besar jadi keras. Kalau buat sambal yang cair, tak perlu la nak ikan bilis yang garing. Bila kena air, lembik jugak jadinya.
  5. Saya menganggap masakan ini klasik kerana ia hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja sama seperti yang dimasak oleh ibu dan nenek saya. Tanpa apa-apa perasa dan bahan tambahan seperti belacan atau pati ikan bilis. Juga tanpa apa-apa bahan kimia seperti msg atau cuka tapi rasanya sangat unik dan mampu mengimbau kenangan lampau.

Seafood Tempura


Bahan-bahan Asas Resepi Seafood Tempura1 cwn Tepung Beras
3 cmb Tepung Jagung
1/2 cmt Soda Bikarbonat
1/2 cmt Garam
500ml Air Sejuk
Seafood dan Sayur-sayuran secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam



Cara membuat Batter Seafood Tempura
  1. Campurkan tepung beras, tepung jagung, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan.
  2. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga mendapat batter yang pekat seperti adunan pisang goreng.
  3. Rehatkan adunan seketika. Sambil tu bersihkan seafood dan sayur-sayuran dan potong kepada saiz yang sesuai.
  4. Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana panas lebih kurang 200C. Celup seafood atau sayur-sayuran dan gorengkan sehingga hampir kekuningan.
  5. Angkat dan tuskan sebelum dihidang bersama sos cili atau sos yang sesuai.
Tip Masakan Komersial
  1. Banyak hidangan yang boleh dihasilkan dengan adunan tepung tempura ini. Anda boleh goreng hampir semua benda yang mempunyai bentuk. Seafood seperti sotong, udang, ketam, ikan, juga sayur-sayuran seperti carrot, bunga kobis, kacang buncis, asparagus atau makanan siap diproses seperti tauhu, fishball, sosej atau lain-lain seperti ayam dan daging.
  2. Resepi kat atas tu memang kosong sangat. Tambah la perasa sikit sekurang-kurangnya lada sulah. Idea semuanya tertakluk kepada anda. Cuba tambahkan stok ayam, sos tiram, serbuk cili, serbuk kari, jintan, minyak bijan, daun kari atau herba masakan barat dan lain-lain. Terpulang kepada anda sama ada nak masukkan dalam batter atau dijadikan bahan perapan. Bahan-bahan ini akan menentukan sama ada anda menghasilkan masakan melayu, india, barat, thai atau cina dan sebagainya.
  3. Kawalan api sebenarnya bergantung kepada bahan apa yang anda goreng. Untuk bahan yang tak boleh dimasak lama seperti udang dan sotong, anda perlu menggunakan api yang lebih besar. Jika bahan seperti ini dimasak terlalu lama, ia akan mengecut. Walaupun tepung ini dapat menyalut dengan baik dan mengekalkan jus bahan yang digoreng tetapi ia belum memadai. Bagi bahan yang lambat empuk seperti carrot atau kentang, anda perlu goreng lebih lama dengan api yang lebih kecil.
  4. Masyarakat barat mengadun batter tempura menggunakan alkohol seperti beer atau rum supaya cecairnya lebih cepat tersejat. Jika anda dapat perhatikan kedua-dua kaedah ini, anda akan dapati adunan yang mengandungi alkohol, apabila digoreng, tiada wap yang keluar kerana alkohol sangat cepat tersejat. Ini menyebabkan salutan mereka lebih garing dari biasa. Jika anda terjumpa hidangan yang garing semacam je, maka berhati-hatilah.
  5. Adunan tempura ni memang rangup dan kerangupannya tahan lama tetapi untuk hidangan seperti sotong atau udang yang banyak memerangkap lembapan didalamnya akan menyebabkan ia kembang. Jadi, perlu makan panas-panas.
  6. Saya hanya menggunakan isi ikan sahaja untuk hidangan tempura ini. Mana la saya mampu nak beli udang atau sotong yang mahal tu. Padahal tak boleh makan sebab alergik. Teringin sungguh nak makan ketam lembut tempura tapi tak jumpa pulak. Lazatnya dapat makan dengan kulit-kulitnya sekali.
Minta maaf la kalau konsep tempura saya silap. Kalau anda ada sesuatu yang lebih baik, sila kongsikan dalam kotak komen dibawah.

Sambal Ketuk Manja-manja


 


















Bahan-bahan untuk Resepi Sambal Ketuk Manja-manja10 bj Cili Hijau
4 bj Bawang Merah Kecil
2 ulas Bawang Putih
50g Ikan Bilis
1/2 cwn Minyak Masak
Garam dan Belacan - Pilihan



Cara membuat Sambal Ketuk Manja-manja
  1. Panaskan minyak masak dan gorengkan cili hijau bawang merah bawang putih ikan bilis dan belacan satu persatu. Tak perlu buang kulit bawang merah dan bawang putih pun tak mengapa.
  2. Bahan-bahan perlu digoreng untuk melembutkannya dan bukan untuk menggaringkannya kecuali ikan bilis. Ikan billis perlu garing dan rangup.
  3. Tuskan semua bahan yang telah digoreng. Kalau boleh lap dengan tisu. Kemudian barulah di kupas kulit bawang merah dan bawang putih. Cili dibuang tangkainya.
  4. Tumbuk semua bahan menggunakan lesung batu sehingga lumat. Masukkan ikan bilis akhir sekali kerana ia tak perlu terlalu hancur.
  5. Perasakan jika perlu dan hidangkan.

Tip Masakan Berguna
  1. Kulit bawang merah dan putih biasanya tidak dibuang terlebih dahulu sewaktu digoreng supaya isinya tidak hangus atau keperangan. Kita cuma mahukan isinya menjadi lembut sahaja. Ia juga untuk mengelakkan lebih banyak minyak meresap didalamnya.
  2. Saya tidak menggunakan gula dan asam kerana saya selesa begitu. Semuanya terpulang kepada anda.
  3. Jika anda gemarkan pedas, saya harap anda tidak menggunakan cili padi keseluruhannya. Eloklah dicampur agar tidak terlalu pedas.
  4. Anda boleh membakar semua bahan-bahan didalam oven berbanding menggorengnya. Nak bakar atas api pun boleh. Ia lebih menyihatkan. Jika anda menggunakan kaedah bakar, cuba dapatkan tekstur yang kering dan berderai. Ini membuatkan sambal ketuk tahan lebih lama dan sesuai disimpan dalam botol kedap udara.

Tomyam Putih . .


Bahan-bahan tom yam putih
500g daging
6 helai daun limau purut
4 batang serai
10 biji limau kasturi atau 3 biji limau nipis
10 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 cmb susu cair
2 cmt garam
1 cmt gula
2 liter air


Cara membuat tom yam putih
  1. Daging, halia, lengkuas dihiris nipis. Cili api, serai, bawang merah, bawang putih diketuk. Daun limau purut disiat-siat kasar. Limau kasturi diperah dan diambil jusnya.
  2. Masukkan semua bahan dalam satu periuk dan didihkan. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan merenih sehingga daging empuk.
  3. Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi.

Tip masakan komersial

  1. Saya gunakan daging kerana masih banyak daging yang saya dapat sewaktu sambutan hari raya aidil adha yang lalu. Anda boleh gunakan apa sahaja bahan seperti ayam, kambing, makanan laut dan sebagainya. Yang paling penting, apabila anda menjual sesuatu produk berkuah seperti ini, anda harus menyediakan air rebusan ayam/daging/makanan laut supaya anda tidak perlu merebus lama-lama. Pelanggan pun tak perlu menunggu lama.
  2. Jika anda perhatikan, kebanyakkan tom yam yang dijual di restoran-restoran masakan thai menggunakan bawang besar. Tetapi ada juga yang menggunakan bawang merah tapi tak banyak restoran yang berbuat demikian. Mungkin kerana harga bawang merah yang lebih mahal dari bawang besar. Sebenarnya rasa tom yam yang menggunakan bawang merah memang berbeza dari tom yam yang menggunakan bawang besar. Tak hairanlah mengapa masih ada restoran yang menggunakan bawang merah dalam tomyam mereka. Kalau anda memang dari jenis tekak ular, dah tentu anda akan rasa tom yam ini memang tiada bezanya.
  3. Tak ramai yang tahu, rahsia tom yam yang menggunakan susu cair. Kalau jenis tukang masak yang hanya meniru-niru sahaja, memang mereka tak menyedari kehadiran susu dalam tomyam. Tak kira sama ada tom yam biasa atau tom yam putih. Rasanya lebih enak dengan satu atau dua sudu susu cair. usahawan masakan Thai biasanya menjadikan ia suatu rahsia dalam hidangan tomyam mereka.