
Bahan-bahannya :
2 keping ikan salmon
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Sedikit jus lemon
Sedikit minyak zaitun
2 sudu besar mayonis
Sedikit lemon jus
2 helai daun pudina,digunting kecil-kecil
Salad atau sayuran untuk hidangan bersama
Cara-caranya:
Panaskan griller dan letakkan minyak zaitun, saya gunakan minyak zaitun jenis spray, dan spraykan sahaja ke atas griller.
Letakkan garam,serbuk lada hitam dan jus lemon ke atas salmon.
Panggangkan salmon ke atas griller.
Angkat apabila bahagian atas salmon sudah kelihatan masak.
Untuk sos mint dan mayo,campurkan mayonis,jus lemon dan daun pudina,kemudian kacau rata.
Enak dihidangkan panas bersama salad.
No comments:
Post a Comment