Bahan-bahan untuk Resepi Sambal Ketuk Manja-manja10 bj Cili Hijau
4 bj Bawang Merah Kecil
2 ulas Bawang Putih
50g Ikan Bilis
1/2 cwn Minyak Masak
Garam dan Belacan - Pilihan
Cara membuat Sambal Ketuk Manja-manja
- Panaskan minyak masak dan gorengkan cili hijau bawang merah bawang putih ikan bilis dan belacan satu persatu. Tak perlu buang kulit bawang merah dan bawang putih pun tak mengapa.
- Bahan-bahan perlu digoreng untuk melembutkannya dan bukan untuk menggaringkannya kecuali ikan bilis. Ikan billis perlu garing dan rangup.
- Tuskan semua bahan yang telah digoreng. Kalau boleh lap dengan tisu. Kemudian barulah di kupas kulit bawang merah dan bawang putih. Cili dibuang tangkainya.
- Tumbuk semua bahan menggunakan lesung batu sehingga lumat. Masukkan ikan bilis akhir sekali kerana ia tak perlu terlalu hancur.
- Perasakan jika perlu dan hidangkan.
Tip Masakan Berguna
- Kulit bawang merah dan putih biasanya tidak dibuang terlebih dahulu sewaktu digoreng supaya isinya tidak hangus atau keperangan. Kita cuma mahukan isinya menjadi lembut sahaja. Ia juga untuk mengelakkan lebih banyak minyak meresap didalamnya.
- Saya tidak menggunakan gula dan asam kerana saya selesa begitu. Semuanya terpulang kepada anda.
- Jika anda gemarkan pedas, saya harap anda tidak menggunakan cili padi keseluruhannya. Eloklah dicampur agar tidak terlalu pedas.
- Anda boleh membakar semua bahan-bahan didalam oven berbanding menggorengnya. Nak bakar atas api pun boleh. Ia lebih menyihatkan. Jika anda menggunakan kaedah bakar, cuba dapatkan tekstur yang kering dan berderai. Ini membuatkan sambal ketuk tahan lebih lama dan sesuai disimpan dalam botol kedap udara.
jgn luper bwk..kiterorg semua nk rase ni...(6-^)/
ReplyDeleteoke . . jgn risau nti kite bwak . . lmbat or cpat jew. . . heeheehee . . .
ReplyDelete