Saturday 15 October 2011

Ayam Goreng ReReng







Bahan-bahan:
1. 8 ketul ayam
2. 3 sudu cili boh atau cili giling
3. 2 sudu besar sos cili
4. 3 buah keras
5. 1 bawang besar
6. 3 bawang putih
7. halia seberapa yang nak

Cara-caranya:


Rebus ayam selama 10 minit. Lada kering, bawang merah, bawang putih, halia dan buah keras ditumbuk lumat. Ayam yang telah direbus, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kuning dan garing. Setelah itu. ayam tadi digoreng semula dengan ramuan yang telah ditumbuk bersama dengan sos cili.

Stir Fried Chicken with Black Bean Sauce



Bahan-bahannya:

  • 2 keping dada ayam,dipotong kecil - saya hanya gunakan 7 ketul chicken nibbles
  • 1 sudu besar minyak
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu minyak
  • Sedikit brokoli,lada benggala dan daun bawang- saya hanya gunakan kacang buncis dan bawang besar
  • 2 sudu besar sos black bean
  • 1 sudu kecil kicap
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya:

  • Campurkan ayam,minyak dan sos tiram ke dlm mangkuk dan perapkan selama lebih kurang 15minit.
  • Panaskan kuali dan tumiskan minyak dengan sayuran tadi selama 1-2minit. Angkat sayur dan letakkan di dlm pinggan lain.
  • Dengan kuali yg sama,gorengkan ayam selama 3-4minit ( atau lama sedikit jika gunakan bahagian lain selain dada ayam).
  • Masukkan kembali sayuran tadi dan perasakan dengan sos black bean,serbuk lada hitam dan kicap. (Saya masukkan sedikit gula untuk mengimbangi rasa masin sos-sos tersebut).
  • Enak dihidangkan bersama nasi putih atau mee.

Ikan Goreng Taucu Berlada





Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan- saya gunakan ikan flounder,dibasuuh,diperap dengan garam dan serbuk kunyit
  • 2 ulas bwg merah,dihiris
  • 2 ulas bwg putih,dihiris
  • 1/2 inci halia.dihiris
  • 1 sudu besar taucu
  • 2-3 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas cili hijau,dibelah tengah
  • Sedikit sos tiram
  • Serbuk lada hitam
  • 1 bwg besar,dipotong bulat

Cara-caranya:
 
  • Ikan digoreng hingga garing.
  • Dgn menggunakan sedikit minyak lebihan gorenga ikan tadi, tumis bwg merah,bwg putih dan halia hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan kicap manis dan sos tiram.Kacau rata.
  • Masukkan taucu,cili hijau dan serbuk lada hitam.
  • Kacau lagi dan masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  • Akhir sekali masukkan bwg besar.
  • Apabila masak,curahkan ke atas ikan dan perahkan sedikit jus lemon/limau nipis.
  • Perasakan kuah dan apabila masak,cur

Grilled Salmon with Mint and Mayo Sauce



Bahan-bahannya :

2 keping ikan salmon
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Sedikit jus lemon
Sedikit minyak zaitun
2 sudu besar mayonis
Sedikit lemon jus
2 helai daun pudina,digunting kecil-kecil
Salad atau sayuran untuk hidangan bersama

Cara-caranya:
Panaskan griller dan letakkan minyak zaitun, saya gunakan minyak zaitun jenis spray, dan spraykan sahaja ke atas griller.
Letakkan garam,serbuk lada hitam dan jus lemon ke atas salmon.
Panggangkan salmon ke atas griller.
Angkat apabila bahagian atas salmon sudah kelihatan masak.
Untuk sos mint dan mayo,campurkan mayonis,jus lemon dan daun pudina,kemudian kacau rata.
Enak dihidangkan panas bersama salad.

Ikan Singgang


bahan-bahan

1 ekor ikan aya/tongkol
1inci lengkuas }dimayang
1 1/2 inci kunyit hidup } dimayang
3 keping asam keping
2 biji bawang besar } di belah 4
2 biji bawang putih } dimayang
3 - 4 biji cili padi (tak letak pun boleh) } diketuk
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuat

Ikan aya/tongkol disiang dan di potong empat.basuh dan toskan.Bawang besar di belah empat.Bawang putih,lengkuas,kunyit hidup di mayang.Siap semua bahan.Ambik periuk masukkan air 1 liter dan masukkan ikan aya/tongkol,asam keping,cili padi,bawang besar,bawang putih,lengkuas,kunyit hidup.Masak hingga mendidih lepas tu letak garam dan ajinomoto secukup rasa.

RENDANG PEDAS DAGING / AYAM

 

Bahan-Bahan:
 
  • 1 ekor ayam atau 1 kilo daging
  • 5 ulas bawang merah -(di hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih -(dihiris) 
  • 3 batang serai -(dihiris)
  •  halia sebesar ibu jari -(dihiris)
  • kunyit hidup sebesar jari kelingking -(dipecah)
  • cili kering sebanyak 20 keping -(blend le dulu)
  • 2 biji kelapa (santan pekat) 
  • Garam secukup rasa
  • Gula secubit
Cara:
 
Perah santan pekat dan masuk dalam kuali. Masukkan bawang merah, putih, halia, kunyit,serai sekali.. masukkan juga garam dan gula kemudian tanak dengan api sederhana..Masukkan cili kering sebanyak 20 keping (blend le dulu) ke dalam ramuan-ramuan tersebut.Bila mengelegak, masukkan ayam dan masukkan sikit santan cair..Kacau sekali sekala sampaikering...Lepas tu hidang sama lemang atau ketupat pulut atau makan dengan nasi.

DAGING CINCANG GORENG BERBENDIR

 

Bahan-bahannya:
  • 4 ulas bawang putih 
  • 6 biji cili merah
  • 6 biji bawang merah 
  • 2 camca teh belacan
  • 4 camca besar minyak sayuran 
  • 250 gm daging cincang segar Australiasebelah atas, Knuckle, mata sepeha
  • 300 gm bendir  
  • 1 biji lada Benggala merah, dipotong halus 
  • 2 camca besar kicap cair  
  • 1 camca teh gula
Cara :
  • Tumbuk lumat bawang putih, cili merah, bawang merah dan belacan.
  • Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.Masukkan daging cincang
  • Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.Goreng hingga sayuran-sayuran masak