Saturday, 15 October 2011

Sambal Tumis Petai Klasik


Bahan-bahan Sambal Tumis Petai Klasik2 papan Petai
1 bj Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
50g Ikan Bilis
10 cmb lada boh
¼ cwn minyak masak
1 cmt garam
6 cmb gula
1 cmb jus limau kasturi atau asam jawa atau asam keping

Cara membuat Sambal Tumis Petai Klasik
  1. Trim bahagian tepi kulit petai agar tidak terlalu lebar
  2. Mayang petai bersama kulitnya sekali, nipis-nipis macam dalam gambar kat atas tu.
  3. Bawang besar dan bawang putih dihiris. Ikan bilis dibersihkan.
  4. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  5. Masukkan lada boh dan kacau sehingga garing dan terbit minyaknya.
  6. Masukkan bawang besar, ikan bilis dan kacau sehingga layu.
  7. Masukkan petai, perasakan dengan garam, gula dan asam. Jika mahu sambal yang cair, boleh tambahkan air. Seimbangkan semula garam dan gulanya.
  8. Hidangkan panas-panas bersama nasi.

Tip Masakan Komersial
  1. Pernah makan kulit petai ke? Ayah saya memang makan petai dengan kulit-kulitnya sekali. Bila gigi dah mula berkurang, baru la kupas kulitnya. Dengan harga petai yang mahal sekarang ni, membuat sambal memang sesuai dengan kulitnya sekali. Dapat banyak sambalnya. Rasa petainya juga lebih kuat. Paling sesuai jika petai anda mempunyai mata yang kecil-kecil. Kalau dibuang kulitnya, berapa je la yang tinggal untuk dimakan.
  2. Sekarang ni tak banyak gerai yang menjual sambal petai. Kat bazaar ramadhan pun saya tak nampak sambal petai walaupun di pasar banyak menjual petai. Mungkin ke tak de permintaan? Macam tak logik je.
  3. Kalau anda tak gemarkan kulit petai, kupas je la. Jangan paksa diri. Nih saya beri teknik kupas petai cara cepat. Anda hanya perlu bakar petai tu diatas api sehingga mengelembung dan layu. Letak je atas dapur gas tu. Bila dah menggelembung, anda hanya perlu picit je mata petai tu sampai dia melompat keluar dari tepi. Syok tengok petai terpancut dari kulitnya. Kalau ada suami kat tepi tu, boleh la main fire-fire dengan petai. Tapi pastikan petai tu dah sejuk sikit. Kalau panas sangat, macam mana nak picit dengan tangan.
  4. Ada orang suka ikan bilis yang garing. Anda boleh goreng dulu ikan bilis tu. Sambal dengan ikan bilis yang garing. Cuma sesuai dimakan panas. Kalau dah sejuk, ikan bilis pun berkemungkinan besar jadi keras. Kalau buat sambal yang cair, tak perlu la nak ikan bilis yang garing. Bila kena air, lembik jugak jadinya.
  5. Saya menganggap masakan ini klasik kerana ia hanya menggunakan bahan-bahan asas sahaja sama seperti yang dimasak oleh ibu dan nenek saya. Tanpa apa-apa perasa dan bahan tambahan seperti belacan atau pati ikan bilis. Juga tanpa apa-apa bahan kimia seperti msg atau cuka tapi rasanya sangat unik dan mampu mengimbau kenangan lampau.

No comments:

Post a Comment